Al-Haya’

Malu ertinya dari segi bahasa adalah
menahan diri dari melakukan
sesuatuyang mengakibatkan sesuatu yang
negatif. Maka sifat malu itu sendiri
adalah sifat yang mulia dan terpuji
jika difahami secara benar maksud dan
tatacaranya. Dari malu akan seseorang
dari keadaan hina dina dan meletakkan
seseorang di dalam keadaan
kesempurnaan kerana selalu melakukan
hal-hal yang positif sahaja. Perasaan
ini dapat mengatasi seseorang
melakukan hal-hal kemaksiatan, kerana
seseorang itu akan berperasaan; “
Bahawasanya saya adalah lebih tinggi
daripada perbuatan terkutuk itu dan
saya lebih mulia daripada perbuatan
tercela itu.”.

Asal usul kalimat hayaatun (kehidupan)
berasal dari kata hayaa’un (malu).
Kamus lisan arab merujuk (istahyu
rajulun) – kuatnya denyut kehidupan
dalam jiwa seorang lelaki. Maka
difahami dari frasa ini ialah dia malu
untuk bersangkut-paut dalam hal-hal
kehinaan kerana hati nuraninya tidak
mahu melakukan hal-hal yang berakibat
negative.

Maka difahami perasaan malu (al-haya’)
berkait rapat dengan kehidupan itu
sendiri dan membawa makna dan rahsia
kehidupan itu. Maka seseorang yang
tidak mempunyai sifat malu maka dia
bukanlah hidup sebenarnya, tapi sudah
mati atau hampir mati keadaannya.

Perbezaan malu (al-haya’) dan tersipu
(al-jahalu)Malu yang kita fahami
bukanlah malu tersipu-sipu tidak pada
tempatnya kerana malu yang kita
bincangkan ini adalah sesuatu perasaan
yang lebih besar maknanya. Sifat malu
tersipu-sipu dan merendah diri adalah
al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu
hingga gagap dan takut menjawab soalan
guru di kelas adalah contoh al-jahalu.
Sikap ini disebabkan kurangnya
keyakinan diri dan lemah
keperibadiannya. Akan tetapi al-haya
(malu) adalah disebabkan sifat percaya
diri dan kuat keperibadiannya lantaran
kuatnya dia dalam menolak segala
sesuatu yang negatif. Sungguh terdapat
kekeliruan dalam dua istilah ini yang
sering dicampur-baurkan.

Sekilas Dalil-dalil
Rasulullah saw bersabda; “ Cabang iman
itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu
itu sebahagian daripada iman.”
(Bukhari:9 & Muslim:151)

Hadith yang lain menyebut; “Cabang
iman itu 63 bahagian. Yang tertinggi
adalah mengucapkan Lailaha illa Allah.
Bahagian terendah adalah membuang
rintangan dijalanan. Adapun malu itu
sebahagian daripada iman.”(Abu
Dawud:4676)

Lihatlah penting sifat malu hingga ia
sebenarnya berkait rapat dengan
keimanan. Maka lihatlah dimana sifat
malu kita dan muhasabahlah. Kebanyakan
kita tidak tahu malu sebenarnya.

Muara akhlak ialah malu
Rasulullah saw bersabda;

“Malu itu mengandungi kebaikan”
(Muslim:156, Abu Dawud:4796)

“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu
kecuali kebaikan.” (Bukhari:5766,
Muslim:155)

“Malu itu sebahagian daripada iman dan
iman tempatnya disyurga sedangkan
buruk akhlak itu sebahagian dari
kekerasan hati dan tempatnya dineraka.
(Tirmizi:2009)

“Malu dan iman keduanya tidak boleh
dipisahkan. Jika satunya terangkat
maka yang lain jua turut
terangkat.”(Musnad al-Hakim, 1:22)

Jika dicabut rasa malu itu maka
tunggulah saat kehancuran
Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya jika Allah mahu
menghancurkan seorang hambaNya maka ia
akan menghilangkan rasa malunya, maka
jika telah dicabut rasa malunya kamu
tidak akan menjumpainya lagi kecuali
ia membenci dan dibenci dan dicabutlah
rasa amanah darinya. Maka jika dicabut
rasa amanah darinya engkau tidak akan
menjumpainya kecuali ia khianat dan
mengkhianati dan jika engkau tidak
menjumpainya kecuali ia khianat dan
mengkhianati dicabutlah rasa kasih
saying daripadanya. Dan jika kasih
saying dicabut darinya maka engkau
tidak menjumpainya melainkan ia
dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah
keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Subhanallah, awal kehancuran adalah
dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah,
di jalanan kita mendapati terlalu
ramai manusia yang sudah hilang sifat
malu. Mereka tidak malu dan secara
terbuka melakukan kezaliman dan
kemaksiatan sedangkan kita yang
melihat sendiri yang berasa malu atas
perbuatan mereka. Sedang mereka bangga
dan bersikap acuh tidak acuh terhadap
perkara yang mereka lakukan.

Bacalah sekali lagi hadith diatas, dan
tanyalah diri kita. Adakah kita
mempunyai sifat malu……………………..?

Suatu makna yang indah
Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya setiap agama ada akhlak
tersendiri dan akhlak Islam adalah
malu” (Ibnu Majah:4181)

Hadith tersebut tidak bererti satu-
satunya akhlak dalam Islam adalah malu
akan tetapi akhlak yang paling
sempurna dalam Islam adalah sifat
malu. Betapa agungnya malu dalam
akhlak Islam!

Hadith yang mempunyai 2 makna
Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya apa yang diketahui oleh
manusia dari sabda kenabian terdahulu
ialah; Jika engkau tidak malu maka
lakukanlah sesuka hati kamu.”
(Bukhari:348, Ibnu Majah:4183)

Bahawa akhlak malu itu dimiliki para
Nabi. Oleh itu kita dapat fahami,
1) Ancaman, jika tidak
malu maka buatlah sesuka hati dan
nantikanlah balasan Allah swt.
2) Kerja keras tanpa
keluh kesah. Jika pekerjaan yang anda
lakukan itu tidak tercela maka
lakukanlah dengan sungguh-sungguh dan
tulus ikhlas.

Rasulullah saw malu umpama gadis
pingitan
Rasa malu Nabi melebihi gadis
pingitan. Jika baginda melihat sesuatu
yang tidak baginda sukai, maka akan
merahlah muka baginda yang mulia itu
dan menjauhkan diri dari melihatnya.
Apa yang kita lakukan jika kita lihat
sesuatu yang tidak elok? Apakah wajah
kita akan memerah dan menundukkan
pandangan kita? Mulai hari ini kita
cerminkanlah diri kita!

Malu Seorang Gadis
Fatimah binti Utbah bin Rabi’ah
berjumpa Rasulullah saw kerana ingin
masuk Islam. Saat itu Aisyah ra ada
bersama baginda. Nabi saw bersabda;

“Ya Fatimah, berbaiatlah kepadaku.
Janganlah engkau menyekutukan Allah sw
sedikitpun. Jangan mencuri, apalagi
berbuat zina.” (Ahmad: 1/21)

Ketika Fatimah mendengar kata “zina”
ia menutupi wajahnya dengan tangannya
disebabkan malu. Rasulullah saw berasa
hairan dengan sikap Fatimah tersebut
lalu Aisyah ra berkata; “Ya Fatimah,
berbaiatlah engkau kerana seluruh
wanita telah berbaiat tentang hal
itu.” Maka Fatimah pun berbaiat.

Mendengar perkataan itu sahaja
membuatkannya malu, apatah hal-hal
yang lebih dari itu. Dewasa ini pemuda
pemudi kita sudah hilang sifat
malunya. Gadis juga berperawakan
lelaki, bercakap kasar, berkata-kata
lucah, menghisap rokok dan sebagainya.
Jika gadis-gadis sudah begini
bayangkanlah pula pemudanya. Sukar
dibayangkan betapa teruknya. Dimanakah
wanita seperti Fatimah ini?

Sampai Malaikat pun Malu KepadaNya
Nabi saw bersabda;

Apakah saya tidak malu terhadap
Utsman? Sedangkan malaikat pun malu
padanya! (Muslim:6159, Ahmad:VI/62)

Adakah diantara kita yang mempunyai
seperempat atau sepersepuluh dari rasa
malu Utsman? Diriwayatkan Utsman
menikahi seorang gadis dan apabila dia
meninggal dunia, isterinya itu ditanya
mengapa dia tidak mahu menikah lagi
sedangkan dia masih muda. Dia
menjawab,” Sungguh aku tidak akan
menjumpai orang yang selembut Utsman
sebagai suamiku.”

Wanita itu berjalan malu-malu
Firman Allah swt dalam al-Quran ketika
menggambarkan wanita anak Nabi Syuaib
berjumpa Musa as;

Kemudian datanglah kepada Musa salah
seorang dari kedua wanita itu berjalan
kemalu-maluan, ia
berkata: “Sesungguhnya bapakku
memanggil kamu agar ia memberikan
balasan terhadap (kebaikan)mu memberi
minum (ternak) kami.” (al-Qashash:25)
Renungilah ayat ini dan bacalah
sekelian kalinya hingga kita berfikir
mengapa begitu lengkap dan sempurna
pernyataan Allah dalam menguraikan
bagaimana anak Nabi Allah Syuaib
tatacaranya berjalan? Seolah-olah kita
merasakan bahawa perkataanya jua gaya
jalannya menunjukkan rasa malunya.
Seluruh badannya menunjuk rasa malu
yang agung, menjaga kehormatan diri
dan maruah wanita dan jua manusia
seluruhnya. Sesungguhnya rasa malu
bagi wanita itu adalah perisai tak
tertembusi oleh manusia lain, andai
saja dia pandai menjaga perisai
malunya. Tuntutan rasa malu kepada
wanita adalah fitrah kerana wanita itu
sendiri lembut dan sopan melebihi
lelaki.

Adalah dikesalkan pada zaman ini kita
sudah ketandusan generasi sebegini.
Namun disebalik redup ketandusan ini,
Allah tidak menghilangkan golongan
yang masih mempunyai harga diri. Masih
terdapat yang memelihara aurat mereka
dengan sempurna, menjaga pergaulan
bebas, bersifat malu selayaknya
wanita. Umpama mutiara sempurna
tersusun rapi didalam bekas yang
terjaga. Biarpun berdepan arus
globalisasi dan modernisasi yang kuat
mengfitnah, insya Allah yang memberi
ketenangan pada hambaNya yang soleh
dan solehah. Arus feminisme dan
emansipasi wanita jua turut memberikan
tekanan, yang melaungkan kebebasan
yang superficial kerana hakikatnya
mereka mengeluarkan diri dari
keistimewaan dan darjat tinggi yang
telah diberikan Islam. Hasilnya wanita
yang bersikap tidak senonoh, menghina
diri untuk menarik perhatian orang
lain khususnya lelaki, dan hilang
sifat kewanitaan. Musuh Islam sangat
gembira dengan hakikat ini kerana
tidak cukup dengan wanita Eropah untuk
dirosakkan, wanita di Timur khususnya
wanita Islam menjadi matlamatnya.

Tegakkanlah rasa al-haya dalam diri
kita. Itu adalah anugerah Allah yang
tidak ternilai dan tidak terbanding
dengan apa yang ada pada dunia dan
seisinya.

Wallahu al-Musta’an.

Rujukan: Semulia Akhlak Nabi (Amru
Khalid) :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s