Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

2892701505_c132634ed3Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia kepada pembaca .Sedar tak sedar tinggal 10 hari saja lagi kita nak menyambut hari raya. Kejayaan yang dikecapi bukan mudah kerana memerlukan daya saing dan kekuatan diri yang tinggi untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Kepada yang hendak berhari raya di kampong, berhati-hatilah ketika memandu semoga anda selamat sampai ke destinasi dan ingatlah kepada keluarga tersayang.

Saya selaku pengendali blog ini juga ingin meminta maaf jika terdapat kesilapan. Kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan oleh itu marilah bersama-sama bermaafan sempena bulan yang baik ini.

Membakar lemang di hadapan titi
Hendak dimakan di pagi Aidil Fitri
Nak hantar surat Posman dah cuti
Hanya di blog sahaja dapat ku beri

Nak hantar surat Posman dah cuti
Hanya di blog sahaja dapat ku beri
Hari Raya usah bersedih hati
Ampun dan maaf sesama sendiri

Maaf bermaafan sudah disambut
Jangan ada terguris di dalam hati
Bulan barakah sudah disambut
Terus beramal ingatkan mati

Bulan barakah sudah disambut
Terus beramal ingatkan mati
Bulan Syawal mari disambut
Tingkatkan iman jangan dinanti

Bulan Ramadhan hampir berlalu
Bulan Syawal menjelang tiba
Puasa enam bukan selalu
Pahala datang bertimba-timba

Puasa enam bukan selalu
Pahala datang bertimba-timba
Ibadah sunat memanglah perlu
Patuhnya kita sebagai hamba

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s