Keramak, Bayam Duri Ubat Tradisional

Keramak
Nama Saintifik: Alternanthera sessilis.
Famili: Amaranthaceae


Keramak sayuran tradisional yang amat digemari masyarakat desa. Herba ini tidak ditanam tetapi tumbuh liar di tepi sungai, paya darat, sawah padi dan tempat lembap dan berair. Penggemar sayuran ini sering memungut pucuk herba ini untuk dibuat sayur. Pucuk muda dimasak lemak, ditumis atau dibuat kerabu.

Penggemar sayur menganggap memakan sayur keramak sebagai ubat tradisional. Air rebusannya dikatakan dapat menyembuhkan demam.

Keramak herba merayap atau menjalar, dan tumbuh liar sehingga menutup kawasan yang lembap dan berair. Daunnya tumbuh roset pada buku ruas, bergaris bentuk elips hingga oblong, 1.3-5 sentimeter (cm) panjang, 0.7-2.5 cm lebar, tepi daun bergerigi halus, berwarna hijau tua. Infloresen pada aksil daun, bersesak-sesak membentuk kepala bunga dan berwarna putih.

Tidak banyak diketahui mengenal khasiat makanan herba ini. Dalam setiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan keramak mengandungi: Protein 2.0 g, lemak 0.3 g, karbohidrat 8.9 g, serat 2.7 g, fosforus 27 mg, kalium 474 mg dan kalsium 65 mg.

Bayam duri
Nama Saintifik: Amaranthus spinosus L.
Famili: Amaranthaceae

Bayam duri sayuran tradisional yang sama seperti sayur bayam lain. Pembudidayaannya sama seperti sayur bayam yang lain.

Bagaimanapun, rasanya agak cengis sedikit dan kesat. Sayur ini dianggap sebagai ubat yang dapat mengurangkan demam, merangsang perpeluhan dan menambah pengeluaran susu ibu. Daunnya yang diramas digunakan untuk melembutkan kulit muka dan mengawal jerawat.

Herba semusim, setinggi 0.5-1 meter (m), bercabang banyak dan berduri tajam pada aksil daun. Batang lembut, berwarna hijau keunguan atau kemerahan, daun ovat, oblong-lan seolat, 5-12 cm panjang, 2-6 cm lebar dan berwarna hijau muda.

Infloresen spika, 5-10 cm panjang dan tumbuh pada aksil daun atau terminal. Bunga halus, bersesak-sesak pada spika, berwarna hijau atau hijau keputihan. Biji halus berwarna hitam.

Bayam duri mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam 100g bahagian yang boleh dimakan menqandunqi:
Air 93.1g, protein 2.3g, lemak 0.2g. karbohidrat 2.2g, serat 0.6g, kalsium 476mg, fosforus 62-71mg, ferum 1-2.2mg, natrium 6-8mg, kalium 471-575 mg,vitamin A 1100 IU, vitamin B1 0.04mg, vitamin B2 0.4mg, niasin 0.4-1.1 mg, vitamin C 28-116 mg.

Bayam duri jarang ditanam dan sering tumbuh liar di kawasan tanah terbiar. Pembiakannya adalah dengan cara penyemaian biji benih. Biji yang cukup masak disemai terus ke batas. Batas perlu mengandungi najis haiwan secukupnya dan bersaliran baik. Herba ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan air secukupnya.

oleh Ismail Saidin, BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s