Fakta Tentang Virus Selsema Babi

APA ITU SELSEMA BABI?

Virus H1N1Virus H1N1

Selsema babi adalah penyakit pernafasan babi yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’. Kebiasaannya virus selsema ini tidak menjangkiti manusia. Walau bagaimanapun jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang.

Pada bulan March 2009,terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kesjangkitan yang baru, virus ’strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, tambahandengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia.Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.

BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA BABI?
Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan babi.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari babi adalah dari jenis H1N1.

ADAKAH VIRUS SELSEMA BABI INI BERJANGKIT?
Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA BABI?
Tanda-tanda selsema babi pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema babi.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema babi di kalanganmanusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema babi boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA BABI MEREBAK
Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA BABI BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?
Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?
Pertama dan yang paling penting adalah basuh tangan anda malkan cara hidup yang sihat.Dapatkan tidur yangsecukup nya aktif, kendalikan stres secara berhemat, meminum air yang banyak dan mencukupi, dan makam makanan yang berkhasiat. Cuba tidak menyentuhi permukaan-permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.

ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA BABI?
Ya.Ubat yang disyorkan adalah oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau menghalang dari mendapat jangkitan virus selsema babi ini.Ubat anti-viral ini boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”, boleh melawan jangkitan selsema dengan menghalang virus daripada membiak di dalam badan.Jika anda telah pun dijangkiti virus tersebut, ubat anti-viral ini boleh mengurangkan simtom-simtom yang anda hadapi dan membolehkan diri anda pulih dengan lebih cepat.Ia juga boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk.Untuk perawatan, ubatan anti-viral ini lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal ataupun dalam tempoh dua hari simptom bermula.

BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN?
Seseorang yang dijangkiti virus selsema babi sepatutnya dianggap berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut selagi mereka mempunyai tanda-tanda penyakit selsema sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula. Untuk golongan yang lebih muda terutama kanak-kanak, mereka berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?
Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA?
Adalah diketahui bahawa sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya.Oleh itu, basuhan tangan yang kerap boleh mengurangkan risiko daripada mendapat jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.

APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI?
Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema babi.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema babi.

2 thoughts on “Fakta Tentang Virus Selsema Babi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s