Penalti julang Chelsea

WEMBLEY, England – Chelsea merangkul kejuaraan pembuka tirai bola sepak England, Perisai Komuniti selepas menundukkan Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 apabila masa penuh berakhir seri 2-2, semalam.

Ia merupakan kemenangan bermakna buat pengurus baru mereka, Carlo Ancelotti yang membimbing pasukan Blues itu dalam perlawanan kompetitif pertamanya.

Perlawanan tradisi itu juga sekali gus membuka tirai musim baru England, namun ia berlangsung agak panas, terutama selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Nani meletakkan United di depan hanya 10 minit selepas perlawanan bermula, manakala Ricardo Carvalho menyamakan kedudukan pada minit ke-52.

Ketika kedudukan terikat 1-1, pemain United, Patrice Evra terbaring di atas padang selepas dikasari Michael Ballack, dan ketika itu pemain tengah Chelsea, Frank Lampard merembat bola untuk kedudukan 2-1.

Jaringan tersebut mencetus kemarahan pemain-pemain United, namun pada ketika permainan hampir ditamatkan, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan 2-2, biarpun ulang tayang televisyen menunjukkan dia berada pada posisi ofsaid.

Bayangan awal kekalahan United muncul selepas sepakan penalti pertama yang diambil Ryan Giggs diselamatkan penjaga gol, Peter Cech, yang turut mudah menepis sepakan lemah Evra.

Chelsea mengesahkan kemenangan mereka menerusi sepakan terakhir yang disempurnakan oleh Salomon Kalou. – AP

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s