Temasya 1932 dipengaruhi unsur-unsur Hollywood.

Gelanggang temasya yang berhampiran studio filem terkenal, Hollywood mendorong penganjur Olimpik Los Angeles menjangkakan temasya yang gilang-gemilang. Selepas beberapa percubaan gagal, mereka akhirnya mampu berbangga dan layak bergelar penganjur paling cemerlang serta profesional.

Walaupun bursa saham Amerika Syarikat, ifWall Streetnf mengalami kejatuhan teruk pada 1929, ekonomi yang merudum tidak menjejaskan persiapan di California. Terima kasih kepada subsidi AS$1.5 juta, pinjaman AS$1 juta dan beberapa bantuan kewangan daripada sektor swasta. Penganjur berjaya meneruskan Olimpik dengan lancar. Perkampungan sukan dibina, begitu juga stadium saiz Olimpik yang cukup besar.

Walaupun konsep seperti perkampungan sukan sudah diperkenalkan di Paris lapan tahun sebelumnya, Amerika maju setapak apabila menyediakan kemudahan buat atlet dari pelusuk dunia dengan 700 buah rumah pasang siap.

Dalam usaha menjadikan temasya ini paling istimewa, ahli jawatankuasa penganjuran mengambil keputusan untuk membesarkan koliseum. Dibina pada 1920, koliseum itu mempunyai 75,000 kapasiti dan ia dibesarkan untuk menampung 105,000 penonton.

Tuan rumah turut membina stadium ekuesterian yang mempunyai 10,000 kapasiti dan stadium bola sepak dengan 85,000 kapasiti.

Seramai 3,000 penghibur membantu upacara pembukaan, yang merupakan temasya paling bersejarah dan menghiburkan.

Upacara pembukaan berlangsung dalam suasana penuh warna-warni dan gilang-gemilang. Hampir 3,000 penyanyi serta pemuzik membuat persembahan dan kebanyakannya adalah bintang Hollywood yang datang dari jauh dan dekat.

Kapasiti Coliseum diisi sepenuhnya dan acara lain yang diadakan di situ, olahraga berjaya menarik kehadiran lebih 70,000 penonton. Boleh dikatakan penganjuran temasya 1932 hampir sempurna dengan perjalanan kemudahan dikendalikan penuh profesional.

Temasya ini juga menyaksikan beberapa rekod dunia tercipta dalam sukan paling popular, olahraga – 100m, 400m, 800m, 400m berpagar, 4x100m, 4x100m, lompat kijang dan lompat bergalah lelaki. Dalam acara wanita, enam rekod berjaya dipecahkan.

Temasya ini menyaksikan perubahan positif dan menarik, apabila atlet diberi keutamaan sama ada di gelanggang pertandingan mahupun di luar gelanggang.

Seperti Hollywood dengan kemasyurannya, atlet yang merangkul pingat emas pulang bersama kegemilangan, manakala yang tewas pula masih mampu tersenyum dengan membawa pulang memori indah di Los Angeles, yang keseluruhannya berakhir cemerlang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s