Fakta Sukan Olimpik 1896

TEMASYA sulung Sukan Olimpik moden disertai 13 negara iaitu Jerman, Australia, Austria, Bulgaria, Chile, Denmark, Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Hungary, Switzerland, Sweden dan tuan rumah Greece.

Sebahagian atlet tuan Greece datang dari Mesir dan keadaan itu menimbulkan kekeliruan, hingga terdapat satu kes – disebutkan terdapat 14 negara bertanding dalam Olimpik 1896, termasuk Mesir.

BatonBaton pertama Sukan Olimpik 1896, Baron Pierre de Coubertin tiba di Greece pada 14 Mac, tiga minggu sebelum Sukan Olimpik bermula.

 

Moto

Moto Sukan Olimpik pertama – Pantas, Ketinggian dan Kekuatan (Citius, Altius, Fortius) dihasilkan pertama kali pada 1891 dan diilhamkan Father Didon, salah seorang daripada peserta Sukan Rondeau 1832.

60,000 penonton

Upacara pembukaan disempurnakan oleh Raja King George I pada 5 April 1896 dengan dihadiri 60,000 penonton. Beliau menggambarkan temasya itu sebagai “Sukan Olimpik Antarabangsa yang pertama.”

Selepas 1503 tahun

Pada 6 April 1896, acara pertama diadakan – 1503 tahun selepas Sukan Ancient (purbakala) terakhir. Sembilan acara, 43 disiplin dipertandingkan – olahraga, angkat berat, gusti, lawan pedang, menembak, lumba basikal, gimnastik, renang dan tenis.

Aspirasi Diraja

Pemenang pingat emas terakhir Sukan Ancient ialah peninju Armenia, Barasdates pada tahun 369. Beliau kemudian menjadi raja Armenia di antara 374 dan 378.

Penguasaan Amerika

Dalam olahraga, Amerika merangkul sembilan gelaran daripada 12 yang dipertandingkan. Hanya atlet Australia, Edwin Flack (800m dan 1,500m) serta pelari tuan rumah, Spiridon Louys (marathon) berjaya memecah dominasi itu.

Gelaran berganda pertama

Edwin Flack dari Australia muncul atlet pertama merangkul dua emas dalam sejarah olahraga dengan memenangi acara 800m menerusi 2 minit, 11 saat dan 1,500m dengan 4:33.s. Flak turut mengambil bahagian dalam acara tenis dan marathon.

Dua lagi atlet yang kemudian meraih emas berganda adalah Robert Garret dari Amerika Syarikat, yang menjuarai acara lempar cakera (29.15m) dan lontar peluru (11.22m) serta Elly Clark dalam lompat tinggi (1.81m) dan lompat jauh (6.35m).

Jurang besar

William Hyot dari Amerika Syarikat menjuarai acara lompat bergalah dengan catatan 3.30m, menundukkan rakan senegara, Albert Tyler dengan 10cm. Evangelos Damaskos dari Greece meraih gangsa, 70cm di belakang Hoyt.

Cuaca buruk

Acara kapal layar dan mendayung terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk.

Perenang berenang di lautan

Acara renang diadakan di teluk Pireus dan bukan di kolam renang. Paris, yang menjadi tuan rumah pada temasya 1900 turut mempratikkan sistem berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s